Ncd secara ringkasnya ialah pnyakit yang tidak berjangkit. Ia juga boleh diklasifikasi kn sebagai penyakit kronik. contohnya seperti penyakit jantung, kencing manis (diabetes), obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit pernafasan (chronic obstructive pulmonary disease & asthma) dan sebagainya.
berbeza dgn Communicable disease yg bermaksud penyakit berjangkit, sebagai contoh batuk kering ( Pulmonary Tuberculosis) , HIV, influenza dan byk lagi. penyakit berjangkit akn merebak kepada sesiapa shaja yg ada disekitar pesakit dan ada contact terhadap pesakit, namun faktor jangkitan ini sgt bergantung kepada spesikasi cara penyakit itu merebak, contohnya melalui uadara( airborne), cecair pernafasan (air droplet), atau pun sentuhan (direct contact).
Namun NCD tetap mempunya cara rebakan secara tidak langsung, iaitu melalui keturunan. namun ini hanyalah faktor penyumbang yang tidak besar kerana ianya masih boleh dikawal. bagaimana? caranya dengan mengelakkan dari faktor2 luaran yang akan menyumbang secara langsung. antara faktor luaran termasuklah, diet tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, merokok, alkohol berlebihan, emosi yg tidak stabil, stress berlebihan dan sebagainya.
Dibawah merupakan fakta2 penting NCD:
Dibawah merupakan fakta2 penting NCD:
- Ncd menyumbang 36 juta kematian setiap tahun
- hampir 80% kematian tersebut (29juta)- berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
- hampir 9juta kematian adalah dibawah umur 60 tahun dan juga majoriti nya di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
- penyakit jantung (17.3juta kes) adalah yg tertinggi bagi kematian yg disebabkan NCD, diikuti oleh Cancer, penyakit pernafasan (4.2 juta), dan DIABETES (1.3 juta).
- 4 kelas penyakit di atas adalah penyumbang 80% bagi kematian menyebabkan NCD.
- 4 faktor risiko yg sama melibatkan: merokok, kurang aktiviti fizikal, penyalahgunaan alkohol, diet tidak sihat.
walaupun NCD bukan penyakit berjangkit..namun dia jenis penyakit yang kronik, sama jer penyumbang risiko dan bahaya nya ya?
ReplyDelete... tq ..good info..