Followers

Saturday 26 April 2014

MERS CoV setakat ini masih tiada vaksin!!

Langkah keselamatan awal perlu diambil bagi mengelak kan jagkitan ini menular.. setakat ini telah menyebabkan kematian yg kian meningkat, baru2 ini satu kes kematian di johor telah dkenalpasti berpunca dari sindrom pernafasan ini.


baru2 ini lebih 21 kes dilaporkan di timur tengah , dan CDC juga menjangkan peningkatan di eropah. kajian yg dilakukan telah menunjukkan tiada mutasi yg berlaku kpd virus tersebut yang jika berlaku, akan menanbahkan kesulitan untuk mengawal jangkitan ini.

Kes pertama sindrom ini telah dilaporkan di arab saudi pada 2012. virus yg menyebabkan nya dipanggil coronavirus (MERS CoV). Pesakit akan mengalami gejala gangguan pernafasan, termasuklah batuk, sukar untuk bernafas, dan demam. separuh daripada penghidap telah meninggal dunia.


Langkah keselamatan:

Setiap org yg melawat negara di teluk arab atau yg berhampiran haruslah membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dan selepas tempoh lawatan. Namun, bagi sesiapa yg mengalami gejala pernafasan harus terus mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin, termasuklah sesiapa yg travel, ataupun yg membuat kontak dengan pesakit mahupun org yg telah pulang dari travel ke negara2 terlibat.

Pihak CDC (centre of disease control and prevention) tiada pula menyarankan supaya jadual travel anda diuabah. hal ini kerana tahap penularan sindrom ini masih di tahap 1( WATCH). namun langkah2 asas haruslah diambil seperti:
- menutup mulut ketika batuk/bersin
- membasuh tangan
-menjaga kebersihan diri dgn lebih kerap
- pergi ke klinik jka mengalami gejala2 pernafasan dengan segera
- mengelakkan kontak dengan penghidap sindrom ini

Travel guide


Pihak arab saudi telah membuat beberapa garis panduan bagi jemaah haji dan umrah. bagi mereka yg terlibat dinasihatkan supaya menangguhkan ibadah haji atau umrah:
- sesiapa yg umur melebihi 65 tahun
- kanak2 berumur kurang 12 tahun
- penghidap penyakit kronik (kencing manis, jantung, asma,penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang)
- penghidap kanser
- sesiapa yg mempunyai respon imun badan yg lemah

2 comments: